ANUGERAH PENJAGAAN SUNGAI 2021

2021_gec_webdesign_nrcf_04-02.jpg

 

Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan – Anugerah Penjagaan Sungai 2021
- Mengiktiraf Tokoh Komuniti Penjagaan Sungai -
#nrcf #rivercareaward2021

Pencalonan Anugerah Penjagaan Sungai 2021 telah dibuka!


Kami mencari tokoh komuniti penjagaan sungai yang telah berusaha meningkatkan, menjaga dan menyumbang kepada impak positif air dan sungai. Calonkan tokoh komuniti pengajaan sungai yang anda kenali . Pencalonan sendiri juga digalakkan. 


Lihat bahagian CARA PENYERTAAN

 

APAKAH ANUGERAH PENJAGAAN SUNGAI 2021?


Anugerah Penjagaan Sungai 2021 diadakan untuk menghargai dan memberi ganjaran kepada para penerima geran Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan (NRCF) yang proaktif serta kumpulan komuniti GEC lain yang telah menyumbang terhadap PENJAGAAN SUNGAI Lestari melalui dedikasi mereka dalam meningkatkan, menjaga dan menyumbangkan impak positif ke arah pengurusan lembangan sungai. 

 

Tujuan utama anugerah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan rakyat Malaysia supaya melaksanakan inisiatif atau pelan tindakan setempat yang lestari dan dapat melindungi serta mengurangkan isu-isu berkaitan dengan sungai.  
 
KENAPA MOHON? 

  • Untuk menghargai tokoh komuniti penjagaan sungai yang telah melaksanakan amalan terbaik dalam pemulihan sungai, pemuliharaan, pemantauan dan pengurusan kawasan tadahan di bawah Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan serta projek atau program GEC.

  • Untuk menunjukkan kepelbagaian cara memelihara dan memulihara sungai kita.  

  • Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tanggungjawab orang ramai terhadap sungai.

 

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?


Penyertaan adalah terbuka kepada semua penerima Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan daripada Pusingan 1 hingga Pusingan 6 serta kumpulan komuniti lain yang telah/sedang bekerjasama dengan GEC. 
Kriteria Penyertaan:

 

  1. Calon yang menyertai anugerah ini adalah warganegara Malaysia. Calon dianggap layak sekiranya mereka merupakan penerima Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan daripada Pusingan 1 hingga Pusingan 6 atau kumpulan komuniti lain yang sedang atau sebelumnya ditubuhkan atau bekerjasama dengan program dan projek GEC. Antara aktiviti sasaran adalah seperti berikut:

    - Perlindungan, pemulihan atau pemuliharaan sungai
         > Usaha untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap penjagaan sungai
         > Usaha untuk memelihara dan menjaga sungai termasuk sumbernya

    - Sungai angkat atau pemantauan sungai
         > Perlindungan dan pemuliharaan sungai atau pemulihan kawasan tebing sungai
         > Audit atau pemantauan dan pemetaan pencemaran sungai

    - Peningkatan Kualiti Air
         > Usaha untuk meningkatkan kualiti air sungai melalui Penyelesaian Alam Semula Jadi
         > Pengurangan pencemaran
         > Pembersihan sungai

    - Pemuliharaan biodiversiti sungai
         > Penciptaan habitat dan pemantauan biodiversiti

    - Pendidikan
         > Jangkauan & Pendidikan
         > Perkongsian & Pembelajaran

    - Amalan Pengurusan Terbaik untuk pengurangan pencemaran
         > Konsep bebas sampah
         > Kitar semula, kompos atau upcycle

    - Memperbaik penggunaan sungai/simpanan (reserve)
         > Aktiviti rekreasi
         > Taman komuniti sungai
         > Eko-denai

    - Pemerkasaan sosio-ekonomi melalui perlindungan alam sekitar
         > Sumber makanan atau pendapatan alternatif
         > Hasil semaian, anak benih dan produk tapak semainan
         > Inisiatif upcycle
     

  2. Bagi kumpulan komuniti lain (bukan penerima Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan tetapi bekerjasama secara langsung dengan GEC sebelum ini), sumbangan terkini akan diberi keutamaan dalam penilaian. 
     

  3. Calon mesti mengisi borang pencalonan rasmi dan menghantar sebelum 5 Ogos 2021, atau pencalonan tidak akan diterima. (Calon diminta untuk melampirkan dokumen yang berkaitan dan video untuk penilaian)
     

  4. Hanya borang pencalonan yang lengkap dan memenuhi kriteria penyertaan akan dipertimbangkan. 
     

TARIKH AKHIR SERAHAN

 

5 Ogos 2021

 

HADIAH ANUGERAH

 

Pemenang akan menerima hadiah* termasuklah:

  • Juara: RM 5,000 + Trofi + Sijil

  • Naib Juara: RM 3,000 + Trofi +Sijil

  • Tempat Ke-3: RM 1,000+ Trofi + Sijil

  • 2 x Penghargaan Saguhati: RM500 + Trofi + Sijil

 

Selain daripada hadiah, para pemenang akan diberi pengiktirafan dan liputan media seperti berikut:

  • Dikenali secara individu di platform media social GEC.

  • Didokumenkan di laman web Dana Penjagaan Sungai Kebangsaan di mana sumbangan dan pencapaian mereka akan dicatatkan di laman web Juara Sungai.

  • Dipaparkan secara individua atau ditemubual di akhbar tempatan (cetak dan dalam talian)

 

* NOTA: 80% wang kemenangan hendaklah disalurkan untuk aktiviti penjagaan sungai.

 

CARA PENYERTAAN

 

Pencalonan perlu dihantar melalui borang dalam talian. Secara alternatif, anda boleh muat turun borang pencalonan dan e-mel kepada ummi@gec.org.my. Tarikh akhir serahan borang pencalonan adalah pada 5 Ogos 2021.

Borang dalam talian: Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris

Borang pencalonan: Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris

 

PROSES PENILAIAN

 

Anugerah ini akan dinilai oleh panel hakim.

 

Penilaian akan diadakan dalam tiga (3) peringkat:

  • Peringkat Permulaan: Pra-pemeriksaan borang pencalonan oleh sekretariat (GEC)

  • Peringkat 1: Penilaian borang pencalonan dan video oleh panel hakim

  • Peringkat 2: Lawatan tapak (jika perlu) / Sesi temuduga (secara maya) – untuk dua atau tiga calon yang mendapat markah tertinggi (dengan markah minimum 70)

 

GARIS MASA ANUGERAH
 

  • Pencalonan: 5 Julai – 5 Ogos 2021 (1 bulan)

  • Pemeriksaan dan Penilaian: Ogos – September 2021

  • Pengumuman/ Penyampaian anugerah: 26 September 2021 (Sempena Hari Sungai Sedunia)

 

MAKLUMAT PENTING UNTUK DIKETAHUI