top of page

ANUGERAH PENJAGAAN SUNGAI 2021 - T&S

TERMA DAN SYARAT

 

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat (T&S) pencalonan. Dengan memasuki pencalonan Anugerah Penjagaan Sungai 2021, anda telah bersetuju untuk terikat dengan T&S yang ditetapkan oleh Global Environment Centre (GEC).

​

1. Pencalonan Anugerah ini terbuka kepada semua penerima Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan daripada Pusingan 1 hingga Pusingan 6 serta kumpulan komuniti lain yang telah/sedang bekerjasama dengan GEC. Dengan memasuki pencalonan Anugerah ini, anda telah menjamin bahawa anda telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

 

2. Untuk layak menyertai pencalonan Anugerah ini, peserta perlu mengikuti arahan dan mekanisme seperti yang telah ditetapkan dalam T&S. Pencalonan Anugerah ini akan berlangsung dari 5 Julai 2021 hingga 13 Ogos 2021 (Tempoh Pencalonan Anugerah).

 

2.1 Tempoh Pencalonan Anugerah tertakluk kepada sebarang perubahan oleh Penganjur tanpa notis pendahuluan.

 

 

3. Kumpulan individu berikut adalah tidak layak untuk menyertai pencalonan Anugerah ini:

 

3.1 Pekerja Penganjur termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dan ahli keluarga terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan);

 

3.2 Wakil, pekerja, pekhidmat dan/atau agensi pengiklanan dan/atau pekhidmat servis promosi Penganjur termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dan ahli keluarga terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan).

 

4. Untuk menyertai pencalonan Anugerah ini, peserta perlu:

 

4.1 Lengkapkan penyertaan dengan mengisi borang pencalonan. Pencalonan yang diterima bukan dalam tempoh pencalonan akan disingkirkan secara automatik.

4.2 Pemberian maklumat peribadi yang lengkap dan tetap untuk mengesahkan pendaftaran untuk pencalonan Anugerah. Sebarang maklumat yang tidak lengkap atau jelas akan menyebabkan penyertaan tidak sah.

 

5. Penilaian

 

5.1 Pencalonan akan dinilai oleh panel hakim serta melalui penilaian tapak/ temuduga (jika perlu).

 

5.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

5.3 Penganjur berhak untuk menolak mana-mana pencalonan mengikut budi bicara mutlak tanpa sebarang penjelasan.

 

5.4 Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah untuk pemenang yang didapati telah menyediakan maklumat palsu atau tidak tepat.

 

6. Pengumuman pemenang

 

6.1 Pemenang akan diberitahu pada September 2021.

 

6.2 Penganjur berhak untuk menggunakan kaedah atau platform yang dianggap sesuai dibawah budi bicara mutlak untuk tujuan pengumuman pemenang Anugerah.

​

7. Hadiah Anugerah

 

7.1 Hadiah Anugerah adalah termasuk:

 

  • Juara - RM 5,000 + Trofi + Sijil

  • Naib Juara - RM 3,000 + Trofi +Sijil

  • Tempat Ke-3 - RM 1,000+ Trofi + Sijil

  • 2 Penghargaan Saguhati - RM500 + Trofi + Sijil

 

7.2 80% wang kemenangan hendaklah disalurkan untuk aktiviti penjagaan sungai.

 

8. Dengan menyertai pencalonan Anugerah ini, peserta telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan maklumat peribadi yang telah disediakan oleh peserta kepada Penganjur untuk tujuan pencalonan Anugerah dan tujuan promosi atau pemasaran oleh Penganjur pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, semua butiran maklumat yang disediakan oleh pemenang akan diuruskan oleh Penganjur mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

9. Penafian

 

9.1 Peserta bersetuju bahawa sementara segala tindakan penjagaan yang berpatutan dalam menyediakan dan mengekalkan pencalonan Anugerah ini telah dilaksanakan, Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan atau informasi yang telah dipaparkan oleh peserta pencalonan Anugerah ini. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan yang berbangkit samada secara langsung, tidak langsung, bersampingan, berbangkit atau punitif daripada pencalonan Anugerah, atau sebarang ketidaktepatan, salah nyata, kesilapan atau ketinggalan di dalam kandungan.

 

9.2 Tiada ahli pengguna atau pihak ketiga dibenarkan untuk membuat sebarang kenyataan, pendapat atau sumbangan bagi pihak Penganjur.

 

9.3 Penganjur berhak untuk semak dan mengubah suai T&S dari semasa ke semasa, tanpa notis tertulis terlebih dahulu.

 

9.4 Peserta yang menyertai pencalonan Anugerah ini adalah dianggap sudah menerima T&S dan segala pengubahsuaian yang dilakukan, jika ada.

 

9.5 Maklumat yang disediakan peserta akan hanya digunakan untuk dan oleh Penganjur dan tidak akan dijual, dipindah, diberi atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga yang tiada kaitan dengan pencalonan Anugerah ini. 

bottom of page